Kursus Lencana Usaha untuk Pengakap Muda 2020 anjuran Daerah Kota, Melaka
Pada 4-5 Disember 2020 yang lalu, barisan kepimpinan Daerah Kota bersama Kelana Krew E (terbuka) dengan jayanya menganjurkan Kursus Lencana Usaha untuk Pengakap Muda secara atas talian. Ini adalah disebabkan oleh Covid-19, semua perjumpaan dan aktiviti pengakap secara face-to-face adalah dilarang dan tidak digalakkan oleh pihak berkuatkuasa. Demi menjaga kepentingan semua ahli pengakap dan terus menggalakkan aktiviti kepengakapan, barisan kepimpinan Daerah Kota telah merancang dan melaksanakan kursus tersebut. Sasaran peserta adalah semua ahli pengakap muda dari daerah Kota yang berminat serta daerah-daerah lain di negeri Melaka. Seramai 80 orang peserta daripada daerah Kota dan Tengkera telah menyertai kursus kali ini. Perlaksanaan kursus ini juga disokong penuh oleh Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah dengan surat perlepasan kepada semua pengakap muda yang di bawah jagaan Daerah Kota.
Lencana Usaha merupakan lencana pertama selepas lencana keahlian untuk pengakap muda untuk melayakkan mereka ke lencana yang seterusnya sebelum mencapai Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Rambu Hijau). Pencapaian ke rambu hijau adalah penting supaya ahli-ahli pengakap membina asas kemahiran yang kukuh sebelum menerajui ke pengakap remaja dan akhirnya Pengakap Raja. Pengakap Raja merupakan anugerah yang tertinggi bagi pengakap di negara Malaysia dan perjalanan ke arah anugerah ini mesti melalui pengakap muda (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara) dan pengakap remaja (Anugerah Ketua Pengakap Negara). Maka, lencana Usaha ini adalah penting dan mesti diperolehi oleh semua bakal Pengakap Raja.
Dunia hari ini sedang dilanda oleh penyakit Covid-19. Semua program bersemuka adalah dilarang atau tidak digalakkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Walau bagaimanapun, barisan kepimpinan daerah Kota masih berhasrat untuk melengkapkan ahli-ahli pengakap muda dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran berpengakapan dengan cara atas talian (online). Tujuan pengelolaan kursus secara maya adalah untuk membantu ahli pengakap supaya mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti pengakap yang bermanfaat. Ini juga dapat mengelakkan ahli-ahli pengakap hilang hala tuju semasa perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan di negara ini. Program atas talian mempunyai cabaran tertentu terutamanya focus para peserta. Interaksi antara pengajar dan pelatih agar sukar sebab semua peserta hanya menggunakan komputer untuk berlajar. Praktikal untuk semua adalah susah dan menghadapi cabaran. Para tenaga pengakar (kelana krew E) bertungkus lumus untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua yang hadir. Perkhemahan untuk kursus atas talian hanya boleh dilakukan dengan berkhemah di rumah sendiri. Akan tetapi, kehadiran untuk setiap sesi adalah dipantau oleh penolong-penolong pesuruhjaya daerah Kota. Peserta akan diminta untuk menjawab soalan sekiranya diperlukan, nama-nama adalah dipilih secara rawak. Semua peserta berasa gembira sebab dapat terus berpengakap dan menyertai kursus-kursus yang berfaedah semasa penyakit covid-19 ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua, pihak pengelola, peserta, dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung demi menjayakan program ini.
Sebagai pemimpin, kita mesti melakukan sesuatu walaupun dunia dilanda covid-19. Keadaan sedang berubah dan pembelajaran atas talian menjadi mustahak dan perlu dipertimbangkan. Aktiviti pengakap perlu diteruskan dengan cara yang lebih sesuai pada situasi ini. Program ini telah menyakinkan semua pihak dan sebagai barisan kepimpinan daerah Kota, kami akan terus berusaha bersungguh-sungguh agar lagi banyak program boleh dilaksanakan. Kami yakin kepengakapan akan terus aktif di daerah Kota untuk membina generasi muda yang berilmu dan berkemahiran. Sekali berpengakap, terus berpengakap.