Kursus Lencana Usaha Atas Talian
Malaysia

Kursus Lencana Usaha Atas Talian

Pada 4 Disember 2020 dan 5 Disember 2020 , Kursus Lencana Usaha untuk Pengakap Muda telah dianjurkan secara atas talian. Hari pertama iaitu pada 4 Disember 2020, kursus telah diadakan pada pukul 3 petang hingga pukul 10 petang dan hari kedua pada pukul 8 pagi hingga pukul 4 petang, seramai 89 orang peserta telah mengambil bahagian kali ini. Kursus Lencana Usaha ini dianjurkan oleh barisan kepimpinan Daerah Kota serta dibantu oleh Kelana Krew E (terbuka). Saya, Pang Jie, sebagai ketua kursus bagi kursus ini memastikan kursus ini dijalankan dengan lancar. Program ini dipantau oleh barisan kepimpinan Daerah Kota dan disertai oleh Ahli Pengakap Muda dari Daerah Kota dan Tengkera.

 

              Lencana Usaha ini adalah lencana kemajuan yang dianugerahkan kepada ahli pengakap muda, sebagai mengakui minat dan luar seperti berkhemah, memasak, mengembara, kevergasan jasmani, kemahiran pengakap dan perkhidmatan. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang pengakap mud aitu mestilah lulus lencana keahlian terlebih dahulu. Dengan adanya lencana usaha, seseorang pengakap itu layak untuk mencapai Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara iaitu Rambu Hijau. Pencapaian ini adalah penting supaya seseorang pengakap bersedia dan layak untuk menerajui ke Pengakap Remaja dan seterusnya menjadi Pengakap Raja. Anugerah Pengakap Raja merupakan anugerah yang paling tertinggi bagi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM). Oleh itu, lencana usaha ini adalah sangat penting  bagi semua ahli pengakap.

 

              Pada 4 Disember 2020 pukul 3 petang, saya dan ajk lain telah bersiap sedia untuk menjalankan kursus ini. Sebelum kursus ini dijalankan, kami telah membuat Powerpoint tentang Lencana Usaha dan ilmu yang perlu dipelajari  dengan bantuan Penolong-penolong Pesuruhjaya Daerah Kota supaya segala ilmu dapat disampaikan dengan jelas kepada para peserta. Para peserta telah  mendaftarkan diri dengan menggunakan “Google Form” yang disediakan. Aktiviti-aktiviti telah dijalankan termasuklah taklimat tentang Pengakap Muda, “Pingpen Code”, “Pertolongan Cemas”, “ikatan” dan lain-lain lagi. Para peserta diminta untuk membuka kamera sepanjang  kursus ini supaya memastikan mereka menumpu perhatian apabila kursus diberikan. Kehadiran bagi setiap sesi para peserta sering dipantau oleh ajk-ajk. Bagi sesiapa yang terpaksa untuk meninggalkan Google Meet, mereka diminta untuk mengisi borang Google Form dengan sebab-sebab mereka tidak dapat menyertai sesi tersebut. Beberapa orang ahli pengakap akan dipanggil secara rawak untuk menjawab soalan pada sesi soal jawab. Para peserta juga boleh menanya soalan bagi apa-apa sahaja yang tidak difahami. Semua sesi bagi kursus lencana usaha ini dijalankan dengan lancar.

 

              Kursus Lencana Usaha ini dijalankan atas talian disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia ini. Untuk mengelakkan penularan virus Covid-19, banyak aktiviti secara bersemuka telah dielakkan dan dibatalkan. Namun begitu, barisan kepimpinan daerah kota masih bersungguh-sungguh untuk mengadakan aktiviti secara atas talian. Hal ini adalah untuk memastikan segala aktiviti masih dapat dijalankan mengikut masa yang ditetapkan. Selain itu, ahli pengakap juga dapat menggunakan masa ini untuk menambah ilmu pengetahuan tentang kepengakapan. Semua peserta berasa amat gembira sepanjang kursus ini kerana bukan sahaja mereka dapat menambah ilmu kepengakapan dan juga dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti berfaedah semasa perintah kawalan pergerakan.

 

              Sebagai ketua kursus lencana usaha ini, saya merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur, penolong-penolong pesuruhjaya daerah kota, pengakap kelana dan para peserta kerana sudi melibatkan diri dalam kursus ini serta telah menjayakan kursus ini. Kita haruslah terus menjalankan aktiviti kepengakapan dengan cara yang sesuai walaupun pandemik Covid-19 ini. Oleh itu, kami akan bercuba untuk mengadakan pelbagai aktiviti seperti ini secara atas talian dengan bersungguh-sungguh sehingga pandemik ini berakhir. Jolly Scouting!

Started Ended
Number of participants
89
Service hours
1068
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share