Malaysia

Kursus Lencana Penunggang Basikal

Saya berasa bangga kerana boleh menjadi ketua kursus untuk Lencana Penunggang Basikal. Saya telah mengumpul 5 orang ahli jawatankuasa untuk memulakan segala aktiviti. Kursus Lencana Penunggang Basikal ini dapat saya ketahui basikal juga adalah satu hobi yang boleh menyihatkan badan serta juga dapat menyenangkan hati. Saya berasa hobi menunggang basikal perlulah dimahir oleh setiap ahli pengakap kerana barulah mereka dapat mencabar diri untuk berkemahiran dalam menunggang basikal.
Kursus Lencana Penunggang Basikal adalah dijalankan secara atas talian. Kami membuat google form untuk ahli-ahli pengakap berdaftar ke kursus ini. Selepas itu, kami akan menambah mereka dalam Whatsapp Group supaya segala maklumat boleh diberikan kepada mereka secara langsung. Pada hari Kursus Lencana Penunggang Basikal, kami menggunakan Google Meet untuk bertemu dengan mereka serta menjalankan sepanjang kursus dengan berjaya. Mereka juga sangat beraktif dalam melibatkan diri mereka dalam kursus.
Dalam kursus ini, terdapat 90 orang berfaedah kerana semua ahli jawatankuasa memberikan penerangan dan pembentangan yang jelas serta mudah difahami kepada pengakap kanak-kanak. Kesan baik kursus ini adalah pengakap kanak-kanak dapat mengetahui keselamatan dan peraturan semasa menunggang basikal di mana-mana tempat. Di samping itu, mereka juga tahu alat yang perlu dipakai untuk melindungi mereka daripada segala kemalangan yang tidak diinginkan. Mereka dapat menjaga keselamatan diri dengan baik.
Selepas Kursus Lencana Penunggang Basikal dijalankan, saya dapat belajar bagaimana mengawal setiap peserta secara atas talian dengan baik. Di samping itu, saya juga dapat mengaplikasikan cara berkomunikasi baik dengan setiap peserta supaya mereka tidak mudah berasa bosan serta membolehkan mereka lebih beraktif dalam melibatkan diri mereka dalam menyertai segala aktiviti yang dirancang oleh kami. Saya berharap kami dapat bertemu dengan secara langsung pada masa akan datang.
Number of participants
90
Service hours
44
Beneficiaries
100
Location
Malaysia
Topics
Growth
Youth Programme
Leadership
Initiatives
Skills for Life

Share via

Share