Kursus Lencana Keris Gangsa Pengakap Kanak-kanak Tahun 2021 dalam Talian
Malaysia

Kursus Lencana Keris Gangsa Pengakap Kanak-kanak Tahun 2021 dalam Talian

Pada 10 Jun 2021, suatu Kursus Lencana Keris Gangsa dalam talian telah dijalankan kepada pengakap kanak-kanak.  Kursus ini diadakan secara dalam talian melalui platform ‘Google Meet’ kerana pandemik covid-19 yang serius melanda dunia ini. Terdapat lebih kurang 232 orang peserta telah berjaya mengikuti kursus secara dalam talian tersebut and 70% peserta berjaya mendapat sijil Kursus tersebut.Oleh sebab, peserta yang terlalu ramai dan aplikasi ‘Google Meet’ hanya boleh mempunyai 100 peserta dalam satu kumpulan. Maka, kami telah mencipta 3 link Google Meet lalu membahagikan para peserta kepada tiga kumpulan. Peserta dari ketiga-tiga kumpulan terdiri daripada pelbagai daerah termasuklah daerah Kota, daerah Tengkera, daerah Alor Gajah, daerah Majlis Tanah dan juga daerah Jasin. Antara pelbagai daerah, daerah kota mempunyai paling banyak peserta yang mengikuti kursus tersebut diikuti dengan daerah Jasin, daerah Alor Gajah, daerah Masjid Tanah dan juga daerah Tengkera.

 

Sebelum mendapat lencana Keris Gangsa, pengakap MESTI mengikuti dan lulus Lencana Keahlian terlebih dahulu seterusnya Lencana Keris Gangsa ini dipakai pada lengan kanan uniform pengakap. Lencana ini adalah lencana kemajuan yang dianugerahkan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak. Seterusnya, Lencana ini turut merupakan Lencana Kemajuan yang pertama bagi pengakap Kanak-kanak sebelum mereka boleh mendapatkan Lencana Keris Gangsa Perak dan juga Lencana Keris Gangsa Emas. Biasanya, para pengakap mendapatkan Lencana Keris Gangsa ini pada Tahun 4.

 

Dalam 2 hari ini, terdapat pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam talian melalui platform ‘Google Meet’. Program yang dijalankan dibahagikan kepada dua bahagian,iaitu kursus dan juga aktiviti ‘small game’. Setiap sesi kursus juga diberi oleh penceramah daripada pengakap kelana daerah Kota E yang berkemahiran dan berpengalaman. Setiap penceramah turut menggunakan kaedah pembentangan yang berbeza-beza, kreatif dan juga inovasi supaya dapat menarik perhatian pengakap kanak-kanak. Sebagai contoh, dalam Kursus Kecekapan, penceramah tersebut menerangkan cara kawad kaki asas kepada peserta-peserta dengan menggunakan gamba rajah dan juga video-video supaya para peserta lebih memahami. Seperti yang kita tahu kaedah yang paling baik untuk mengajar para peserta kawad kaki adalah secara bersemuka, malangnya seluruh dunia dilanda oleh pandemik covid-19 yang serius, namun saya percayalah kaedah yang digunakan oleh penceramah tersebut adalah cara yang paling baik pada masa ini. Selain itu, dalam Kursus Perkhidmatan, penceramah memberi contoh-contoh kepada para peserta supaya para peserta jelas mengetahui apakah itu perkhidmatan. Penceramah juga memberi tugasan kepada para peserta, iaitu membatu orang lalu dapatkan tandatangan daripada pihak berkenaan. Secara tidak langsung, Kursus Perkhidmatan ini mengajar para peserta harus sentiasa membantu orang. Dengan itu, satu masyarakat yang aman dan damai akan dijana. Dalam setiap sesi akhir kursus, terdapat juga sesi soal dan jawab (Q&A), dalam sesi Q&A banyak peserta telah memberi tindak balas yang sangat baik kepada penceramah.

 

Selain itu, dalam bahagian kedua, iaitu aktiviti ‘small game’ , aktiviti ini diadakan sebanyak 3 sesi yang bersilang di antara satu atau dua kursus. Objektif utama aktiviti ini adalah untuk memberi peluang kepada para peserta untuk mengendali rakan-rakan dari sekolah berbeza dan juga memberi sedikit pergerakan terhadap tubuh badan peserta selepas berjam-jam berhadapan komputer. Aktiviti ‘small game’ yang pertama diadakan ialah para peserta diminta untuk memperkenalkan diri dengan menyatakan nama, sekolah dan juga punca peserta menyertai Kursus ini. Aktiviti yang kedua ialah ‘find & show’. Dalam aktiviti ini, peserta harus mencari barangan yang ditentukan, swafoto bersama barangan tersebut kemudian hantar kepada Ketua Kursus melalui aplikasi ‘Whatsapp’. Dengan itu, satu video juga dibuat dengan mengguna gambar-gambar yang dihantar oleh para peserta supaya dapat memberi kenangan kepada para peserta pada masa hadapan. Pelbagai nilai-nilai yang baik turut diberitahu kepada para peserta setiap akhir aktiviti supuya mereka memahami dan menghormati budaya orang lain. Dengan itu, masyarakat akan menjadi lebih harmoni dan tenteram.

 

Seterusnya, sebelum tamat sesi Kursus Keris Gangsa ini, satu ujian Lencana Keris Gangsa juga diberi kepada para peserta. Soalan yang dikeluarkan adalah berdasarkan Kursus yang diberi pada hari pertama dan kedua. Melalui keputusan, kita dapat melihat para peserta memahami kursus-kursus yang diberi sepenuhnya.

 

Dengan itu, saya sebagai ketua kursus Lencana Keris Gangsa kali ini berasa sangat gembira dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang memberi kerjasama dan sokongan sepenuhnya sepanjang kursus ini. Saya berharap para peserta dalam mempratikkan amalan-amalan baik yang diajar sepanjang kursus ini. Dengan ini  masyarakat pasti akan menjadi lebih harmoni, aman dan damai.

 

Salam pengakap !

 

 

Number of participants
232
Service hours
1392
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Growth
Communications and Scouting Profile

Share via

Share