Kursus Latihan Rawatan dan Pertolongan Cemas oleh Bulan Sabit Merah Malaysia Universiti Sains Malaysia (BSMM USM)
Malaysia

Kursus Latihan Rawatan dan Pertolongan Cemas oleh Bulan Sabit Merah Malaysia Universiti Sains Malaysia (BSMM USM)

Pada 3 Disember 2016 bersamaan hari Sabtu, sebuah bengkel yang bertajuk Basic First Aid telah dirangka oleh barisan sekretariat Bulan Sabit Merah Malaysia Universiti Sains Malaysia (BSMM USM) dan ahli Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia Universiti Sains Malaysia (KLKM USM) merupakan peserta bengkel tersebut. Hal ini demikian kerana, sekretariat BSMM USM ingin mengukuhkan lagi teori-teori mengenai bantu mula terutama fungsi peti pertolongan cemas. Dalam bengkel ini, terdapat beberapa objektif program antaranya ; recognize an injury, demonstrate how to care for an open wound, demonstrate how to care for a burn injury and demonstrate how to care for muscles, joints and bones injuries. Ahli KLKM USM telah diajar untuk merawat jika terdapat mangsa yang mempunyai pendarahan teruk di anggota badan, pendarahan hidung, patah tulang dan balutan-balutan yang sesuai untuk setiap kecederaan yang dialami oleh mangsa seperti kulit terbakar, patah tulang tangan dan lain-lain lagi.
Number of participants
195
Service hours
6
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share