KURSUS KETUA PATROL & ENAM SEKAWAN
Malaysia

KURSUS KETUA PATROL & ENAM SEKAWAN

KURSUS KETUA PATROL & ENAM SEKAWAN 31 Mac-Apr 2018 Desa Tunas Hijau WP Labuan-Kursus Ketua Patrol dan Enam Sekawan telah diadakan di Desa Tunas Hijau yang terletak di Kg Sg Pagar, WP Labuan pada 31 Mac 2018 hingga 1 April 2018. Sebanyak 110 orang ahli pengakap daripada sekolah-sekolah di Labuan telah mengikuti kursus tersebut. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SK Membedai, SK Pantai, SMK Labuan, SMK Taman Perumahan Bedaun, SMK Lajau, SMK Sains Labuan, SMK Mutiara, dan SM Agama Majlis Agama Islam WP Labuan. Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada para pengakap untuk mengetengahkan bakat mereka dalam bidang kepimpinan disamping mendedahkan kepada para pengakap kepada variasi kemahiran pengakap. Banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus ini berlangsung seperti masakan rimba, ikatan dan simpulan, pertolongan cemas, kawad kaki, dan isyarat sulit pengakap. Selain itu, ahli pengakap dapat menunjukkan bakat mereka di dalam Malam Pengakap. Pada akhir kursus ini, majlis penutupan telah diadakan dihadiri oleh Skip Hong Heng Chee selaku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Labuan, Mohd Farihi bin Ab Halim selaku guru besar SK Membedai, dan Ustaz Hasnizan Husin selaku pengetua SM Agama Majlis Agama Islam WP Labuan. Di dalam ucapan En Hong Heng Chee, sebagai ketua patrol, ahli pengakap perlu berusaha untuk mengikuti undang-undang pengakap. Beliau juga menyeru kepada semua peserta agar berusaha untuk mendapatkan lencana pengakap raja yang merupakan anugerah tertinggi pengakap. "Ahli pengakap merupakan aset negara yang telah dilatih untuk taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Mereka juga dilatih untuk memberikan khidmat kepada masyarakat. Perkhemahan ini antara lain mempersiapkan ahli pengakap ke arah mencapai matlamat tersebut" kata Hong lagi. Pada majlis penutupan, Hong dan Hasnizan menyampaikan sijil penyertaan dan lencana ketua patrol kepada ahli pengakap menyertai perkhemahan kali ini. Tidak ketinggalan sijil penghargaan turut disampaikan kepada jurulatih dan pemimpin yang bertugas sepanjang perkhemahan ini berlangsung.
Started Ended
Number of participants
102
Service hours
800
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share