
Kursus Ketua Enam Sekawan Pengakap Kanak-Kanak & Ketua Patrol Pengakap Muda
Pasukan pengakap ke-20 Kerian telah menyertai Kursus Ketua Enam Sekawan Pengakap Kanak-Kanak & Ketua Patrol Pengakap Muda Peringkat Daerah Kerian. Aktiviti ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di Pejabat Pelajaran Daerah Kerian, Kompleks SK Wawasan, Pekan Baru. Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap Muda yang berjaya menyertai kem layak untuk dilantik sebagai ketua enam sekawan atau ketua patrol dalam pasukan masing-masing.