Kursus Kepimpinan Pengakap Remaja
Pasukan pengakap ke-20 Kerian telah menyertai Kursus Kepimpinan Pengakap Remaja Peringkat Negeri Perak. Aktiviti ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di Kem Kota, Layang-layang Kiri, Parit. Pengakap Remaja yang berjaya menyertai kem layak untuk dilantik sebagai ketua patrol dalam pasukan masing-masing dan telah memenuhi salah satu syarat untuk menjadi calon pengakap raja.