KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN CILIK SK BENTA
Profile picture for user nur hidayah binti ahmad_1
Malaysia

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN CILIK SK BENTA

       Kursus Kepimpinan Pemimpin Cilik Sk Benta telah diadakan pada 7 April 2019 bersamaan dengan hari Ahad.Kursus ini bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.Seramai 40 orang pemimpin cilik telah menyertai kursus ini yang bermula dari tahun 4 hingga tahun 6. Kursus ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Unit Disiplin Sk Benta , Kuala Lipis.Kami selaku guru pelatih IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan telah dijemput sebagai fasilitator program kursus tersebut.Seramai 20 orang guru pelatih telah dijemput.Pelbagai persediaan telah dilakukan untuk memenuhi objektif program.

       Antara objektif program ialah membentuk nilai-nilai positif pemimpin dalam diri murid.Selain itu , memupuk sifat kerjasama antara ahli pemimpin yang lain.Setiap slot yang dirancang mempunyai objektifnya tersendiri.Terdapat 5 slot kesemuanya.

       Slot yang pertama iaitu sesi suai kenal iaitu ice breaking.Pengenalan semua fasilitator dan sedikit permainan fokus diadakan.Pembahagian kumpulan kepada 8 kumpulan juga turut dilakukan.Slot seterusnya ialah lukis logo kumpulan dan bina tepuk sorakan kumpulan sendiri.Rehat selama 30 minit untuk minum pagi.Selepas itu slot ketiga iaitu bina menara impian yang kukuh dan stabil bersama kumpulan.Rehat makan tengaharu serta solat Zuhur sehingga jam 2 petang.Slot petang diteruskan dengan aktiviti radio rosak.Slot terakhir iaitu majlis penutup.

      Majlis Penutup dirasmikan oleh Guru Besar Sk Benta.Penyampaian hadiah dan sijil diadakan.Seterusnya sesi bergambar bersama perserta.

Number of participants
80
Service hours
480
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share