Kursus Kepimpinan Manikayu Pengenalan Negeri Melaka 2019
Pada 30 April 2019 yang lepas telah berlangsung Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan Negeri Melaka 2019 yang diadakan di Pusat Kokurikulum Daerah Alor Gajah. Kursus ini telah dihadiri seramai 40 orang peserta, 5 orang urusetia dan 5 orang jurulatih daripada Persekutuan Pengakap Negeri Melaka
Antara inti pati kursus adalah seperti pengenalan pengakap, sejarah pengakap, sejarah manikayu, ikatan membuat woggle, asas kawad kaki dan banyak lagi yang berkaitan dengan ilmu asas pengakap. Para peserta yang terdiri daripada guru sekolah telah didedahkan dengan ilmu kepengakapan yang lengkap agar dapat dipraktikkan di sekolah masing-masing. Pendaftaran keahlian pengakap, rancangan aktiviti pengakap dan skim lencana pengakap serta cara menangani isu-isu semasa pendaftaran antara slot yang telah disampaikan kepada peserta kursus.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Latihan Negara dan Sumber Dewasa Haji Ishak bin Mohd Jonid, Ketua Pesuruhjaya Negeri Melaka Tuan Haji Abdul Hamid bin Mustapah dan Pengerusi Pengakap Negeri Melaka Yb. Norhizam Hassan Baktie.