Kursus Kepimpinan Manikayu Pengakap Kanak-kanak Peringkat Pengenalan dan Peringkat 1
Profile picture for user Tan Kuan Tee_1
Malaysia

Kursus Kepimpinan Manikayu Pengakap Kanak-kanak Peringkat Pengenalan dan Peringkat 1

Kursus ini melibatkan jurulatih, urusetia dan peserta kursus daripada Negeri MPKLM, daerah KLM 12, IPG Kampus Pendidikan Teknik. Sepanjang pelaksanaan kursus ini, saya telah terlibat sebagai ketua urusetia yang mengetuai 4 orang urusetia yang bertugas dan menjadi pembimbing kepada 20 orang peserta kursus. Sebelum kursus dimulakan, saya telah pembimbing barisan ahli jawatankuasa kerja yang berdiri daripada peserta kursus untuk pelaksanaan setiap tugas dalam jawatan mereka seperti AJK Peralatan, AJK Makanan dan Minuman,AJK Dokumentasi, Pengacara Majlis, AJK Sijil dan Hadiah,AJK Kebersihan dan AJK Keselamatan. Selain menguruskan tugas-tugas AJK,permohonan penggunaan Dewan untuk slot kursus juga dijalankan sebelum pelaksanaan kursus.. Sepanjang kursus dilaksanakan, saya dikehendaki memantau pelaksanaan setiap aktiviti dan membimbing urusetia dan peserta dalam setiap aktiviti. Walaupun saya masih dalam proses belajar dan masih ada kekurangan,namun saya menganggap ini sebagai peluang kepada saya untuk membuat latihan dan mendapatkan pengalaman baharu. Akhirnya,berkat usaha yang berterusan dan pengalaman kepengakapan yang telah dikumpul sebelum ini, saya berjaya melaksanakan tugas sebagai ketua urusetia untuk kursus Kepemmpinan Manikayu kali ini.
Started Ended
Number of participants
20
Service hours
480
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share