Kursus Kepimpinan Manikayu 2018
Profile picture for user Farhana Azhar_1
Malaysia

Kursus Kepimpinan Manikayu 2018

Pada 19 April 2019 sehingga 21 April 2019 yang lepas telah berlangsung Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 yang diadakan di Sk Ulu Geruntum, Gopeng Perak. Kursus ini telah dihadiri seramai 71 orang peserta dan jurulatih daripada pasukan latihan negeri Perak. 

Aktiviti yang telah dijalankan termasuk pengenalan pengakap, sejarah pengakap, ikatan, nyanyian dan permainan dan sebagainya. Para peserta yang terdiri daripada guru sekolah telah didedahkan dengan ilmu kepengakapan yang lengkap agar dapat dipraktikkan di sekolah masing-masing. Pendaftaran keahlian pengakap, rancangan aktiviti pengakap dan skim lencana pengakap antara slot yang telah disampaikan kepada peserta kursus.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak Tuan Hj Ahmad Azam Shah, Pesuruhjaya Kinta Selatan Tuan Mohd Zamri Ismail dan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan Dr Meor. 

Started Ended
Number of participants
71
Service hours
1278
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Engagement

Share via

Share