Kursus kepimpinan manik kayu-1
Saya menyertai kursus kepimpinan manik kayu-1 di pulako ipsah selama 3 hari 2 malam. IPDA dan Bainun juga menyertai kursus ini bersama kami. Saya telah belajar cerita hutan, permainan kanak kanak, lagu pengakap Malaysia , persetiaan pengakap, undang- undang pengakap, laung Agong , wogel, gadget, simpulan, asas pertolongan cemas dan sebagainya. Saya menghargai pengalaman yang sungguh baik ini untuk belajar perkara-perkara tentang pengakap. Kumpulan kami bertugas untuk senaman pagi pada hari kedua. Kami bekerjasama dan tolong-menolong supaya aktiviti dilaksanakan dan gadget yang dihasilkan dengan baik.