Kursus kepemimpinan Manik Kayu Institut Pendidikan Guru (Zon Utara)
Malaysia

Kursus kepemimpinan Manik Kayu Institut Pendidikan Guru (Zon Utara)

- Kursus kepimpinan manik kayu ini telah dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Halim selama 3 hari 2 malam yang melibatkan seramai 146 guru pelatih dan 9 jurulatih. - Kursus ini melibatkan IPGKSAH, IPDA, IPG Perlis dn IPG Tuanku Bainun. - Pada hari pertama, saya dan semua rakan ahli pengakap telah dibahagikan kepada enam sekawan dan sekawan biru perlu bertugas pada masa itu. Slot pendidikan moral telah saya hadiri selepas waktu makan malam. kami juga telah menghadiri sidang "Unit Pengakap Kanak-kanak", "Tanggungjawab seorang pemimpin pengakap", dan "Skim Latihan". - Pada hari kedua, kami telah menghadiri sidang "Nyanyian", Malam Pengakap", "Permainan Pengakap", dan "Merancang Program". Malam kebudayaan juga telah dilaksanakan pada malam hari kedua. Setiap sekawan dikehendaki untuk membuat persembahan yang bertemakan "Drama Muzikal". - Pada hari ketiga pula, kami telah melakukan amali "Istiadat Laungan Agung" dan diteruskan dengan slot cerita hutan. - Sesi penggambaraan dilakukan untuk dijadikan sebagai kenangan. Akhirnya, saya juga telah mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui kursus kepimpinan manik kayu ini.
Started Ended
Number of participants
155
Service hours
24
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Personal safety

Share via

Share