Kursus Kawad Kaki & Kawad Tongkat 2019
Kursus Kawad Kaki & Kawad Tongkat 2019
Kursus Kawad Kaki dan Kawad Tongkat merupakan salah satu kursus yang amat penting kepada setiap Calon Pengakap Raja. Kursus ini dijalankan selama tiga hari dan dua malam, iaitu pada tarikh ini. Tarikh tersebut adalah dari 6 September 2019 hingga ke 8 September 2019. Kursus ini dimulakan pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 2.00 tengah hari. Secara lebih terperinci, kursus ini bermula pada hari Jumaat hingga ke hari Ahad kerana para Calon Pengakap Raja masih merupakan murid-murid dari Tingkatan 4 pada masa itu. Oleh itu, masa yang ditetapkan untuk kursus ini adalah tidak sama dengan masa persekolah calon- calon tersebut.
Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberi pendidikan yang berkualti selaras dengan SDG projek ini, iaitu "Quality Education". Hal ini dikatakan demikian kerana pada akhir kursus ini, para Calon Pengakap Raja 2019/2020 boleh dikatakan bahawa mereka mempunyai sikap yang lebih baik, iaitu dari segi sikap disiplin, sikap hormat-menghormati, terutamanya kepada golongan yang lebih dewasa, semangat persaudaraan antara satu sama lain, sikap baik hati kepada semua orang dan lain-lain lagi. Dengan apa yang telah dicatatkan di atas, adalah tidak dapat dinafikan bahawa kursus ini mempunyai kemampuan untuk memupuk serta menanam sikap-sikap yang positif dalam diri Calon Pengakap Raja yang selaras dengan sepuluh Undang- Undang Pengakap.
Kursus Kawad Kaki & Kawad Tongkat pada tahun 2019 adalah juga dijalankan dalam format yang sama seperti kursus-kursus yang lain seperti Kursus Pertolongan Cemas dan lain lain lagi. Format kursus tersebut adalah sistem perkhemahan. Perkhemahan ini telah dijalankan selama tiga hari dan dua malam. Dalam kursus ini, saya merupakan Ketua Kursus bagi aktiviti pengakap ini. Bilangan peserta bagi Kursus Kawad Kaki & Kawad Tongkat termasuk saya adalah sekurang-kurangnya empat puluh orang peserta yang terdiri daripada Calon Pengakap Raja. Melalui kursus ini para Calon Pengakap Raja dikehendaki melaksanakan tugas-tugas serta mencapai objektif dalam kursus ini.
Pada hari pertama bagi Kursus Kawad Kaki & Kawad Tongkat 2019 ini, saya, sebagai Ketua Kursus, dengan bantuan para pengakap kelana serta Penolong Pesuruhjaya Daerah mula mengumpulkan Calon- Calon Pengakap Raja pada jam pukul 3.00 petang tepat. Kumpulan pengakap kita berfungsi di dalam daerah Kota dan kursus ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Yok Bin yang terletak di Melaka. Bagi memastikan para Calon Pengakap Raja mempunyai latihan yang terbaik, supaya tahap kawad kaki mereka mencapai standard seorang Pengakap Raja, kami, sebagai pihak penganjur bagi kursus ini, telah menjemput Kapt. Tee Boon Pat untuk mengajar para calon pengakap raja kami tentang kawad kaki dan kawad tongkat. Kapt. Tee Boon Pat merupakan seorang elit dalam pengetahuan tentang kawad kaki dan pertolongan cemas. Oleh itu, beliau telah dijemput untuk melatih para Calon Pengakap Raja kita.
Pada mulanya, kemahiran Calon- Calon Pengakap Raja adalah berkarat kerana mereka sudah tidak melatihkan diri dalam tempoh yang panjang. Namun demikian, dengan setiap hari yang berlalu, calon- calon tersebut mula menguasai asas kawad kaki dan kawad tongkat dengan baik sekali. Tujuan sekunder bagi Kursus Kawad Kaki & Kawad Tongkat ialah memupuk serta menanam sikap-sikap yang positif dalam diri Calon Pengakap Raja yang selaras dengan sepuluh Undang- Undang Pengakap. Oleh itu, aktiviti kawad kaki yang mengutamakan sikap berdisiplin telah membolehkan tujuan sekunder ini tercapai. Pada akhir Kursus Kawad Kaki & Kawad Tongkat ini, para Calon Pengakap Raja didapati mempunyai sikap yang lebih baik dari segi hormat- menghormati dan disiplin. Oleh itu, kursus ini boleh dikatakan bahawa aktiviti ini telah dijalankan dengan hasil- hasil yang positif.