Kursus Enam Sekawan

Kursus Enam Sekawan

Kursus Enam Sekawan telah diadakan selama 3 hari bermula dari 08 hingga 10 Mac 2019 yang lalu yang disertai seramai 70 orang ahli pengakap tunas dari pelbagai sekolah. Kursus ini diadakan di Bangunan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam. Kursus tiga hari ini bertujuan  untuk mengajar kemahiran memimpin seperti memberi arahan dengan yakin, berani meluahkan pendapat, berani dan yakin bercakap dikhalayak ramai dan banyak lagi kepada ahli pengakap tunas yang berumur sekitar 10-12 tahun. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti latihan asas kawad kaki dimana ahli-ahli pengakap tunas diajarkan cara-cara melakukan kawad yang betul dan diberi peluang untuk mencuba memberi arahan kawad kepada kumpulan masing-masing. Selain itu, ahli-ahli pengakap tunas juga diterangkan dan diajarkan membuat beberapa jenis ikatan serta simpulan seperti tindih kasih, ikatan manuk, lilitan balak dan bunga geti. Untuk menggalakkan ahli-ahli pengakap tunas agar berani mensuarakan pendapat, yakin akan diri dan menunjukkan 'teamwork', aktiviti Malam Pengakap pun diadakan dimana ahli-ahli pengakap tunas serta kumpulan masing-masing diperlukan untuk membuat persembahan samada tarian ,nyanyian atau lakonan dihadapan penonton (ibu bapa yang dijemput). Aktiviti lain termasuklah juga kesihatan, kebersihan dan macam-macam lagi seperti yang dirancang oleh pemimpin-pemimpin pengakap. 

Started Ended
Number of participants
70
Service hours
175
Topics
Youth Programme
SDGS

Share via

Share