Kunjungan Hormat  - 1 Permulaan
Profile picture for user Muhammad Ruzaini Bin Awang_1
Malaysia

Kunjungan Hormat - 1 Permulaan

Pada 10 Februari 2020(Selasa), 2.30petang, barisan penolong pesuruhjaya pengakap daerah Kinabatangan termasuk pesuruhjaya daerah Kinabatangan iaitu Skip Shopian diiringi Skip Masran selaku pesuruhjaya zon II bahagian Sandakan bersama 5 orang wakil pesuruhjaya pengakap bahagian Sandakan yang diterajui Skip Barmuli merangkap Ketua Pesuruhjaya Bahagian Sandakan mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kinabatangan, Pn. Hajah Maimunah serta 2 pegawai penyelia sukan dan bakat murid (En. Fitri dan En. Mahali) di Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan. Bilik Mesyuarat Datuk Bung menjadi medan perkongsian ilmu dan pembentangan bagi menterjemah konsep Pengakap Malaysia dan skim latihan pengakap kanak-kanak, muda, remaja dan kelana. Segala keciciran maklumat seperti pendaftaran keahlian, kursus latihan untuk guru penasihat dan isu luar menjadi topik perbincangan bersemuka secara lebih mendalam. Hasil perbincangan menghimpunkan persetujuan agar unit beruniform pengakap di daerah Kinabatangan mencapai jaya pada masa hadapan dan mempunyai satu panduan yang jelas khususnya guru penasihat pengakap. Diharapkan agar pengakap daerah Kinabatangan terus gemilang. Salam Pengakap!
Number of participants
20
Service hours
60
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme
Legacy BWF

Share via

Share