Konvoi Keamanan : Go Green 2019 (Peserta)
Program ini merupakan program yang julung kalinya dianjurkan dan menggabungkan pengakap kelana dari seluruh daerah di negeri Johor. Program ini telah dianjurkan oleh Pasukan Pengakap Kelana Daerah Johor Bahru iaitu Lyxian Rover, dengan kerjasama beberapa kumpulan kelana yang lain.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberikan kesedaran kepada para peserta untuk menjaga kebersihan alam sekitar agar generasi akan datang dapat menikmatinya. Selain memberikan pendedahan sedikit kepada peserta berkaitan program Messenger Of Peace (MoP).
Program ini telah disertai oleh 4 buah daerah di negeri Johor iaitu Johor Bahru, Batu Pahat, Mersing dan Kota Tinggi dan berjaya mengumpulkan seramai 45 orang peserta yang terdiri daripada 11 orang pemimpin, 31 orang Pengakap Kelana dan 3 orang Pengakap Remaja
#ActionClimate #MoP #MessengerOfPeace #JohorMop #MalaysiaMoP #KelanaJohor