Konvoi Keamanan : Go Green 2019 (Peserta)
Program yang julung kalinya dianjurkan yang dapat menggabungkan ahli kumpulan pengakap kelana dari seluruh negeri johor. Program ini telah dianjurkan oleh Pasukan Pengakap Kelana Lynxian Daerah Johor Bahru dengan kerjasama beberapa kumpulan kelana yang lain.
Tujuan program ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada para peserta untuk menjaga kebersihan alam sekitar bagi generasi masa hadapan. Selain bagi memberikan pendedahan sedikit kepada setiap ahli peserta berkaitan program Messenger of Peace (MoP).
Program ini disertai oleh 4 buah daerah iaitu Johor Bahru, Batu Pahat, Mersing dan Kota Tinggi. Berjaya mengumpulkan 45 peserta yang terdiri daripada Ahli Pemimpin (11 orang) , Ahli Pengakap Kelana (31 orang) dan Ahli Pengakap Remaja (3 orang).
Diharapkan daripada program ini dapat memberikan impak yang besar dalam diri setiap peserta yang hadir pada hari ini.
#ActionClimate #MoP #MessengerOfPeace #JohorMop #MalaysiaMoP #KelanaJohor #serviceproject