Konvoi : Go Green 2019 (Peserta)
Program yang julung kalinya dianjurkan dengan menggabungkan kumpulan pengakap kelana dari seluruh negeri Johor. Program ini telah dianjurkan oleh Pasukan Pengakap Kelana Lynxian Daerah Johor Bahru dengan kerjasama beberapa kumpulan kelana yang lain.
Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada para peserta untuk menjaga kebersihan alam sekitar demi generasi masa depan. Selain itu, ia juga memberikan kesedaran kepada peserta mengenai program Messenger of Peace (MoP).
Program ini telah disertai 4 buah daerah iaitu Johor Bahru, Batu Pahat, Mersing & Kota Tinggi serta berjaya mengumpulkan 45 peserta yang terdiri daripada Pemimpin (11 orang), Pengakap Kelana (31 orang), & Pengakap Remaja (3 orang).
Diharapkan agar program ini akan dapat memberikan impak kepada peserta yang hadir pada hari ini.
#ActionClimate #MoP
#MessengerOfPeace #JohorMoP
#MalaysiaMoP #KelanaJohor