Konvoi : Go Green 2019
Malaysia

Konvoi : Go Green 2019

Program yang julung kalinya dianjurkan yang menggabungkan kumpulan pengakap kelana dari seluruh Negeri Johor. Program ini telah dianjurkan oleh Pasukan Pengakap Kelana Lynxian Daerah Johor Bahru dengan kerjasama beberapa kumpulan kelana daerah yang lain.

Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada para peserta untuk menjaga kebersihan alam sekitar demi generasi masa depan. Selain memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan program Messenger of Peace (MoP).

Program ini telah disertai 4 buah daerah iaitu Johor Bahru, Batu Pahat, Mersing dan Kota Tinggi serta berjaya mengumpulkan 45 peserta yang terdiri daripada Pemimpin (11 orang) , Pengakap Kelana (31 orang) dan Pengakap Remaja (3 orang).

Diharapkan agar program ini akan dapat memberikan impak kepada peserta yang hadir pada hari ini.

#ActionClimate #MoP #MessengerOfPeace #JohorMop #MalaysiaMoP #KelanaJohor

Number of participants
50
Service hours
300
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Legacy BWF
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share