KLKM PSA | Asas Ikatan & Simpulan
Profile picture for user Mazrul Hisyam_1
Malaysia

KLKM PSA | Asas Ikatan & Simpulan

8 Febuari 2017, KLKM PSA mengadakan sesi Asas Ikatan & Simpulan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Program berlangsung selama 3 jam dan dihadiri seramai 10 orang krew KLKM PSA. Program ini bertujuan untuk meningkatkan & menambah ilmu asas ikatan & simpulan. 10 asas ikatan telah diajar, diterangkan juga kegunaan jenis-jenis ikatan tersebut serta fungsinya dan ikatan yang bersesuaian dalam membina "shelter". Berikut adalah jenis-jenis ikatan & simpulan yang di ajar: 1. Buku Sila 2. Bunga Geti 3. Simpul Manuk 4. Tindih Kasih 5. Lilit Dua Simpul 6. Lilit Pemati Biasa 7. Ikatan Seraya 8. Ikatan Serong 9. Simpul Tapak Kucing 10. Ikatan Berkas Tingkat
Number of participants
10
Service hours
30
Location
Malaysia
SDGS

Share via

Share