KHIDMAT MASYARAKAT : TANAH PERKUBURAN KG. TELUK EMPANG
Program khidmat masyarakat pada tahun ini beralih ke Kampung Teluk Empang. Hal ini kerana, tanah perkuburan ini sangat luas dan sesuai dengan jumlah peserta pada tahun tersebut yang sangat ramai. Selain itu, tanah perkuburan ini dipilih kerana pengurusan tanah perkuburan ini agak lemah disebabkan kawasan yang sangat luas sehinggakan ia lihat tidak terjaga. Pihak pengurusan tanah perkuburan, masjid dan ketua kampung serta JKKK juga sangat membantu membersihkan tanah perkuburan tersebut.