KEMPEN MEMBERSIHKAN PANTAI MUARA SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA
Kempen ini telah berlangsung dari pukul 7:45 pagi sehingga 11:30 pagi yang bertempat di Pantai Muara pada hari Ahad, 09 Ogos 2020. Kempen ini dianjurkan oleh Persatuan Pengakap Daerah Temburong yang bertujuan untuk membina kesedaran akan kesan-kesan negatif bahan plastik terhadap alam sekitar sekaligus untuk membersihkan kawasan sekitar pantai tersebut. Selain itu, ia memupuk sifat kerjasama dan toleransi serta menerapkan nilai-nilai kemasyarakatan serta peribadi mulia. Kempen ini juga bertujuan untuk menambah pengalaman dan membina hubungan baik antara setiap ahli pengakap.