Kemeriahan JOTA-JOTI di Sandakan
Profile picture for user Hanafie Hamadon_1
Malaysia

Kemeriahan JOTA-JOTI di Sandakan

Pada 18-20 Oktober 2019 yang lalu, seramai 500 orang ahli Pengakap Bahagian Sandakan telah menyertai ahli pengakap seluruh dunia di dalam Jambori di Udara dan Jambori di Internet Sedunia. Program ini diadakan di Scouts Nature Park, Sandakan. 30 orang pemegang lesen radio amatur dari Kelab Radio Amatur Sandakan telah memberikan bantuan dan sokongan kepada program ini. Selain itu, Kelab Rekreasi Luar turut menghantar 30 orang ahlinya untuk memberikan perkongsian tentang aktiviti orienteering dan jungle trekkking. Semua peserta sangat gembira apabila dapat mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan yang baru dan dapat berkomunikasi dengan rakan pengakap di luar negara. Majis Penutupan telah disempurnakan oleh YB Arunarnsin Taib, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah.

Started Ended
Number of participants
560
Service hours
10080
Location
Malaysia
Topics
Communications and Scouting Profile
Partnerships
Youth Programme

Share via

Share