
Kembara Solidariti Keretapi Pengakap Kelana
Kembara Solidariti Keretapi Pengakap Kelana merupakan sebuah program kembara yang menggunakan keretapi sebagai medium pengangkutan utama. Saya Muhamad Helmi Bin Mat Lazib merupakan pengarah program bagi kembara ini. Kembara yang berlangsung pada 10 -12 November 2016 ini telah dianjurkan oleh Pasukan Pengakap Kelana 'D' Kuala Terengganu , Pasukan Pengakap Kelana Laut 'A' Marang dan Pasukan Pengakap Kelana 'B' Hulu Terengganu. Pada masa yang sama, program ini juga mendapat kerjasama daripada Pasukan Pengakap Kelana Udara 'X' Kot Bharu dan Pasukan Pengakap Kelana 'A' Perlis Barat. Matlamat utama kembara ini adalah untuk merapatkan lagi ukhwah antara pasukan pengakap kelana di negeri yang dilawati disamping bertukar pandangan dan berkongsi idea untuk memajukan lagi pergerakkan pengakap di Malaysia. Pada masa yang sama, para peserta juga dapat menghayati permandangan dari persepsi yang berbeza mengenai Malaysia melalui perjalanan menggunakan keretapi. Perjalanan bermula dari Stesen Bas Kuala Terengganu menuju ke Kem Kijang, Kota Bharu. Seterusnya, kami bertolak ke Gemas dari Stesen Keretapi Wakaf Bharu. Perjalanan ke Perlis pula bermula dari Stesen Keretapi Gemas sehingga ke Stesen Kereta Api Padang Besar. Semasa di Perlis, kami telah meneroka hampir ke semua tempat yang menarik di sana seperti Empangan Timah Tasoh, Arked Niaga Padang Besar, Gua Kelam dan banyak lagi. Ketika di Gua Kelam, kami mengadakan aktiviti gotong royong sambil menikmati keindahan Gua Kelam.