Kembara Seni Visual di Kuala Lumpur
Kembara ini diadakan dalam konteks peranan seni sebagai media yang merupakan simbol peradaban bangsa yang perlu diwarisi dan dihargai. Pelajar juga diharapkan dapat menyampaikan pemikiran dan idea melalui laras bahasa tampak dengan penekanan kepada unsur-unsur seni dan prinsip rekaan serta aplikasi teori, kritikan dan sejarah seni.
Kembara Seni Visual telah diadakan selama 2 hari bermula 2 Mac 2020 hingga 3 Mac 2020.Pelajar PISMP Ambilan Jun 2019 yang mengambil minor Pendidikan Seni Visual Semester 2 telah menyertai kembara seni visual ini.Seramai 24 pelajar serta 4 orang pensyarah bimbingan turut mengikuti program ini.
OBJEKTIF PROGRAM
1. Mengumpulkan maklumat untuk kerja kursus Kembara Visual PSVK3213 Asas Menggambar dan Membuat Corak dan Rekaan Semester 2 tahun 2020.
2. Salah satu keperluan bagi melengkapkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual secara lebih efektif.
3. Meningkatkan potensi guru pelatih khususnya dalam proses pemikiran dan daya imaginasi, penerokaan, penyataan idea, ekspresi diri, penghasilan karya yang kreatif, mampu membuat kritikan dan apresiasi seni.
Kembara Seni Visual ini merupakan antara pengalaman yang sangat bermakna bagi saya.Saya sangat seronok sepanjang 2 hari program ini berlangsung.Pelbagai ilmu serta kemahiran mengenai seni dapat saya pelajari.Sebagai bakal guru Pendidikan Seni Visual , saya rasa berbangga dan akan mempraktikkan apa yang telah dipelajari di Kembara Seni Visual ini untuk masa akan datang.