Kembara Bahasa Remaja Merdeka Putrajaya 2015

Kembara Bahasa Remaja Merdeka Putrajaya 2015

Seramai 40 orang ahli pengakap dari Putrajaya di bawah pimpinan Puan Nursidah Ab Hamid telah melakukan lawatan ke Daerah Pontian sempena program Kembara Bahasa Remaja Merdeka Putrajaya 2015. Kami telah membawa peserta program ini melawat sekitar Taman Negara Johor Tanjung Piai yang merupakan tapak RAMSAR. Peserta didedahkan dengan flora & fauna sekitar hutan paya bakau dan usaha memelihara dan pemulihan kawasan paya bakau ini. Lawatan seterusnya ke rumah tradisional Bugis yang dimiliki oleh En. Abd Hadi Ambok Ingtang . Sewaktu di sini peserta didedahkan dengan budaya masyarakat Bugis.
Number of participants
40
Service hours
4
Topics
Youth Programme

Share via

Share