Profile picture for user Ng Chia Hau_1
Malaysia

Kemahiran Asas Pengakap

Membantu generasi muda untuk membina kemahiran kepimpinan mereka.
Kursus Lencana Usaha Pengakap Muda telah dianjurkan oleh Unit Pengakap Muda Daerah Kerian dengan tujuan untuk meningkatkan kemahiran asas berpengakap dalam kalangan murid. Saya sendiri sebagai ahli pasukan pengakap daerah Kerian turut menjadi penceramah untuk program ini. Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan ilmu berpengakap dalam kalangan Pengakap Muda serta membantu mereka untuk mencapai Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.
Kursus dan Ujian Lencana Usaha telah dianjurkan pada 5 Jun 2021 secara atas talian di kediaman masing-masing melalui Google Meet. Program tersebut dimulakan pada pukul 10 pagi sehingga pukul 3 petang. Seramai 35 orang ahli pengakap dari SMJK Krian turut menyertai program tersebut. Sepanjang program ini dijalankan, topik - topik yang telah dikongsikan ialah: 1. Cita - Cita Pengakap 2. Kecergasan & Kesegaran Jasmani 3. Kemahiran Pengakap 4. Kecenderungan & Minat 5. Perkhidmatan
Melalui Kursus Lencana Usaha ini, ahli pengakap dapat belajar banyak kemahiran yang terdapat dalam skim latihan Lencana Usaha Pengakap Muda termasuk undang-undang pengakap, kawat kaki, ikatan dan sebagainya. Justeru, kursus ini juga memberikan pendedahan kepada ahli-ahli supaya lebih memahamk aktiviti- aktiviti yang terdapat dalam berpengakapan.Selanjutnya, program ini turut membolehkan ahli pengakap mengplikasikan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian mereka. Sekian terima kasih.
Number of participants
35
Service hours
175
Beneficiaries
35
Location
Malaysia
Topics
Growth
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share