Kem Vigil Krew Kelana Kinta
Pada 12 Mei 2018 sehingga 13 Mei 2018 telah berlangsung Kem Vigil di Tapak Perkhemahan Ulu Chepor, Perak. Kem ini telah disertai seramai 16 orang ahli pengakap kelana.
Vigil merupakan satu proses mengenal diri dan merupakan aktiviti yang menjadi kewajipan untuk seseorang yang hendak menjadi ahli pengakap kelana. Sebelum seseorang ahli pengakap layak untuk diiktifarkan sebagai seorang pengakap kelana, bakal Kelana terlebih dahulu akan diberi tempoh selama beberapa bulan tempoh percubaan untuk menunjukkan beliau layak untuk diiktirafkan sebagai seorang pengakap kelana.
Tujuan kem vigil ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman tentang matlamat utama berkelana, memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran serta memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan krew. Tambahan pula, menerusi kem ini turut dapat menambah bilangan ahli pengakap di malaysia.