Profile picture for user aisyah syah_1_1
Malaysia

Kem Ujian Lencana Usaha, Maju & Jaya Pengakap Muda

Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah bagi memberi pengenalan serta panduan dan ujian kepada Pengakap Muda & Pengakap Remaja bagi persediaan mendapatkan lencana Usaha, Maju dan Jaya. Perkhemahan ini telah dihadiri seramai 35 orang ahli Pengakap termasuk Unit Pengakap Muda, Remaja, Kelana dan Pemimpin.
Pada 3 sehingga 5 Ogos 2019, telah diadakan Kem Ujian Lencana Usaha, Maju dan Jaya yang bertempat di Kolej Vokasional Kuantan yang dihadiri seramai 35 orang ahli Pengakap termasuk unit Pengakap Muda, Remaja, Kelana dan Pemimpin. Saya ditugaskan sebagai urusetia sepanjang kem tersebut unutk membantu ahli pengakap muda dalam menyiapakn tugasan mereka. Pelbagai aktiviti/ ujian yang dijalankan, antaranya, aktiviti kawad tongkat, pengembaraa & masakan rimba.
Impak sepanjang program tersebut, ahli Pengakap Muda dan Remaja dapat mengahabiskan ujian mereka dengan lancar dan memudahkan mereka menyiapkan buku log untuk mendapatkan lencana.
Apa yang saya pelajari sepanjang perkhemahan ini, saya diberikan kesempatan mengelola aktiviti dan menguruskan peserta serta mendapat pengalaman baru sebagai seorang urusetia.
Started Ended
Number of participants
35
Service hours
420
Beneficiaries
47
Location
Malaysia
Topics
Leadership
Youth Engagement
Interpersonal skills
Initiatives
Skills for Life

Share via

Share