Kem Pernarafan Pengakap Raja Negeri Perak 2019
Pada 25-28 April telah diadakan Kem Pernarafan Pengakap Raja Negeri Perak Darul Ridzuan bertempat di Kem Kota Layang-layang kiri, Perak. Seramai 197 Jurulatih, Penolong Jurulatih, Penaraf, Ahli Kelana, Ahli Pengakap Muda yang melakukan perkhidmatan dan Calon Pengakap Raja Negeri Perak yang terlibat di dalam program ini.
Tujuan program ini adalah untuk menjalankan kem dan ujian terakhir bagi seorang pengakap remaja sebelum mereka ditauhliahkan sebagai seorang pengakap raja. Kem ini dijalankan selama 4 hari 3 malam dan menjalankan ujian Temuduga, Taraf Perkhemahan, ujian Ikatan dan Simpulan, ujian sambat mata dan sambat balik, bushmanthong, kawad tongkat
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Henry Heng Soo Peng iaitu Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang dan Tn Hj Azam Shah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak. Para peserta juga mendapat sijil kehadiran sebagai bukti mereka menghadiri kem tersebut