KEM PENGUJIAN LENCANA KEMAHIRAN PENGAKAP REMAJA

Program ini bertujuan menguji Pengakap Remaja sama ada lulus atau tidak Lencana Kemahiran untuk melayakkan diri mendapat rambu Anugerah Ketua Pengakap Negara. Terdapat beberapa mekanisme yang diuji seperti kawad tongkat, ikatan dan simpulan, projek perintis dan sebagainya.
Seramai 30 orang ahli Pengakap Remaja dari daerah Kulim telah menjalani Kem Pengujian Lencana Kemahiran Pengakap Remaja di SK Sri Kulim. Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam iaitu pada 4 April 2019 sehingga 6 April 2019.
Setiap peserta pastinya merasa penat kerana jadual aktiviti yang begitu padat. Namun begitu, ia tidak mematahkan semangat peserta malah menambahkan lagi kesungguhan dan semangat bekerjasama dalam kumpulan.
Program ini telah dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia daerah Kulim dan dijalankan secara teori dan praktikal.
Started Ended
Number of participants
30
Service hours
72
Location
Malaysia
Topics
Clean Energy
Nature and Biodiversity
Peacebuilding
Initiatives
Environment and Sustainability

Share via

Share