Kem Pengenalan Pengakap Kelana 2019
Pada 1 Februari 2019 hingga 3 Februari 2019 yang lalu, telah berlangsung Kem Induksi Pengakap Kelana bertempat di Sk Ulu Geruntum Gopeng, Perak. Peserta seramai 13 orang dan urusetia 15 orang telah terlibat dalam perkhemahan ini.
Sebelum memulakan slot aktiviti pertama, Pesuruhjaya Daerah Kinta Selatan, Tuan Mohd Zamri Ismail telah memberi taklimat tentang kawasan sekitar sekolah. Sekolah ini terletak lebih kurang 7 km dari pekan Gopeng dan murid sekolah ini terdiri daripada orang asli seramai 155 orang.
Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada belia lepasan sekolah tentang pengakap kelana dan seterusnya menjadi seorang ahli pengakap kelana. Antara aktiviti 3 hari ini termasuk slot teori tentang sejarah pengakap, "jungle tracking", membina pintu gerbang, masakan rimba, malam pengakap dan sebagainya.