
Kem Lencana Keris Emas, Lencana Jaya & Tertinggi
Pasukan pengakap ke-20 Kerian telah menjadi pembantu aktiviti dan pengawal kem bagi Kem Ujian Lencana Keris Emas, Lencana Jaya & Tertinggi Daerah Kerian. Aktiviti ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di SK Baru Parit Buntar. Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda dan Pengakap Remaja yang berjaya menyertai kem dan menghantar buku log telah lulus ujian serta layak untuk memakai Lencana Keris Emas, Lencana Jaya atau Lencana Tertinggi pada uniform pengakap masing-masing.