KEM LENCANA KEMAHIRAN PENGAKAP KELANA 2018

KEM LENCANA KEMAHIRAN PENGAKAP KELANA 2018

Program ini dianjurkan oleh pasukan pengakap kelana daerah Kinta A untuk belia mengasah kemahiran dalam kepengakapan. Program yang berjalan selama 3 hari 2 malam bertempat di Kawasan Perkhelahan Ulu Chepor Perak dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancang memandangkan cuaca pada hari kejadian mengizinkan kami peserta menjalankan aktiviti dengan baik. Program ini dihadiri 14 peserta dan  beberapa jurulatih daerah.

Berikut merupakan aktiviti yang dijalankan sepanajang program berlangsung:

Hari pertama :-Slot suai kenal, Slot pengenalan pengakap kelana, Slot ikatan dan simpulan

Hari kedua :-Slot masakan rimba, Slot survival, Slot jerat, Slot pionering, Aktiviti berpasukan, Malam pengakap

Hari ketiga:- Mengemas tapak perkhemahan, Majlis penutup, Bersurai

Kesungguhan peserta dan jurulatih menjadikan program ini diterima baik kedua-dua pihak dan memberikan input yang berfaedah selain mengeratkan silaturrahim antara kami. Program yang bertujuan membantu peserta meraih lencana Kemahiran Pengakap Kelana tercapai matlamat seperti yang direncanakan pihak Persekutuan Pengakap Kelana Daerah Kinta.

 

Started Ended
Number of participants
20
Service hours
360
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Communications and Scouting Profile
Partnerships
Youth Programme

Share via

Share