Kem Lencana Jaya Pengakap Daerah Sandakan
Profile picture for user Hanafie Hamadon_1
Malaysia

Kem Lencana Jaya Pengakap Daerah Sandakan

Kem Lencana Jaya Pengakap Daerah Sandakan telah diadakan pada 22hb hingga 24hb Mei 2015 bertempat di Scouts Nature Park, Sandakan. Seramai 26 orang Pengakap Muda dari SMK Datuk Pengiran Galpam, SMJK Tiong Hua dan SM Sung Siew telah menyertai kem ini bagi memenuhi keperluan Lencana Jaya. Kemahiran Kawad Kaki, pertolongan cemas, masakan rimba, simpulan dan ikatan dan beberapa lagi kemahiran telah diuji sepanjang kem ini. Ujian mendaki telah diadakan di Bukit Botak Cecily. Semua peserta telah lulus ujian dan menunjukkan pencapaian yang cemerlang. Mereka akan dinilai untuk Rambu Pengakap Muda selepas ini. Penutupan perkhemahan telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Daerah Sandakan yang baharu iaitu En. Hanafie Hamadon.

Started Ended
Number of participants
26
Service hours
208
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share