
Kem Kijang SWA - Discovery
Pada 13 Febuari 2020, saya MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD RAHIMAN dari BlackFlurry Rovers, Pasir Mas, Kelantan, menyertai Bengkel Scout Of The World Discovery (SWD) selama 3 hari 2 malam yang bertempat di Kem Kijang, Kota Bharu, Kelantan, bersama 59 orang ahli pengakap dan bukan pengakap daripada seluruh Malaysia.
Bengkel SWD ini adalah langkah pertama untuk saya mendapatkan anugerah Scout Of The World Award (SWA). Saya juga telah diberi pendedahan tentang kesemua 17 Sustainable Development Goals (SDG's) dan memahami dengan teliti maksud kesemua jenis-jenis SDG's. Bengkel SWD ini juga membantu saya dalam menjayakan projek SWA saya kelak dalam pelbagai aspek yang diperlukan.