Kem Kemahiran Pengakap Lencana Gangsa, Perak dan Emas.

Kem Kemahiran Pengakap Lencana Gangsa, Perak dan Emas.

Hari ini hari terakhir Kem Kemahiran Pengakap Lencana Gangsa, Perak dan Emas. Hari ini aktiviti bermula pada pukul 7 pagi hingga pukul 3 petang. Pada pukul 7 pagi, aktiviti senam aerobik dijalankan. Sebaik sahaja aerobik selesai, hujan turun dengan lebat. Aktiviti seterusnya berjalan pada pukul 8.30 pagi. Pagi itu bermulanya adat istiadat laungan agung Pengakap Kanak-kanak. KLM 21 sekali menguruskan aktiviti tersebut. Puan Eliawaton telah mengetuai Adat Istiadat Laungan Agung tersebut. pengelibatan seramai 216 pengakap kanak-kanak bergitu memuaskan kerana mereka mengikuti semua arah dengan baik sekali. Setelah Adat Istiadat Laungan Agung selesai, murid diajar teknik belajar bebasikal. Murid-murid diajar komponen yang terdapat dalam basikal dan mengajar untuk menunggang basikal. Murid-murid seronok mengikuti aktiviti tersebut. didapati hampir kesemua murid berjaya menunggang basikal. Didapati bahawa murid-murid layak mendapat lencana basikal. Selepas itu, murid-murid diberi pendedahan tentang peralatan khemah. Mereka diajar bagaimana hendak memasang khemah dan menusun semula khemah. Pada pukul 2 petang, majlis perasmian penutupan telah dirasmikan oleh Encik Safizi selaku Pesuruhjaya Negeri Kedah. penyampaian sijil untuk semua sijil untuk murid-murid dan juga jurulatih yang terlibat. Selepas selesai majlis tersebut, murid mengemas khemah dan makan sebelum semua bersurai.
Number of participants
216
Service hours
8
Topics
Personal safety

Share via

Share