Kem Kemahiran Pengakap Lencana Gangsa, Perak dan Emas
Kem Kemahiran Pengakap lencana Gangsa, Perak dan Emas telah dijalankan di Kem Merbok Indah di Merbok, Kedah. Kem ini berlangsung selama 3 hari 2 malam. Hari pertama pendaftaran telah dijalankan. Seramai 15 buah sekolah telah menghantar penyertaan. Penyertaan telah disertai daripada murid tahun 4, 5 dan 6. Seramai 23 orang menjadi urusetia atau Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia KLM 21 telah membantu dalam kem yang dijalankan. Murid telah tinggal di khemah yang disediakan oleh pihak penganjur. murid-murid telah dibahagikan kepada beberapa sekawan mengikut warna sekawan. Contohnya sekawan Merah, Perang, Hijau, Kuning dan lain-lain lag. Pada malam itu telah dijalankan ice breaking oleh kelana yang bertugas.
Pada hari kedua, aktiviti dimulakan dengan senaman aerobik pada pukul 7 pagi sehingga 7.30 pagi. Ahli pengakap bersemangat mengikuti aktiviti yang dijalankan.Selepas itu, aktiviti berenang bagi lencana berenang untuk pengakap perak. Murid-murid diajar teknik berenang dengan betul dan berenang dalam jarak 3 meter untuk menguji kelayakan ahli pengakap layak mendapat lencana renang. Bagi pengakap lencana gangsa, mereka diberi pengajaran tentang keselamatan semasa menggunakan benda tajam seperti pisau, parang dan gunting. Selepas itu, mereka juga diajar tentang keselamatan di jalan raya. pendedahan tentang ciri-ciri keselamatan di jalan raya. Selepas selesai aktiviti tersebut, murid-murid berehat.
Pada pukul 3 petang, murid diajar dengan beberapa station. station pertama ialah ikatan anduh. Kami KLM 21 telah ditugakan untuk menguruskan station ikatan anduh. kmi telah mengajar ikatan cincin, anduh lengan dan anduh kepala.
Setelah selesai aktiviti tersebut, malam tersebut dijalankan Malam Pengakap. murid-murid menjalankan aktivit menyanyi, tarian pengakap. KLM 21 juga membuat aktiviti dikir barat dan lakonan pengakap. Murid-murid senorok mempersembahkan aktiviti mereka.