Kem Kemahiran Pengakap Kanak-Kanak
Kem Kemahiran Pengakap Kanak-Kanak untuk Lencana Penghibur dan Lencana Kraftangan telah berlangsung dengan jayanya pada 23 April 2016. Persiapan telah dijalankan pada 22 April 2016 untuk meletakan barang-barang pameran seperti skaf pengakap dan lencana-lencana yang didapati di pelbagai jomboree yang telah diadakan sebelum tahun 2016 ini. Persiapan untuk lencana kraftangan pula telah dijalankan pada pukul 2.00 petang hingga 6 petang untuk menyediakan bahan-bahan yang akan digunakan pada hari kem yang dijalankan.
Pada 23 April 2016, pada pukul 8 pagi aktiviti pertama yang dijalankan ialah pendaftaran. banyak sekolah yang telah mengambil bahagian dalam kem tersebut. penyertaan pada mulanya hanya dianggarkan seramai 200 orang peserta sahaja, tetapi telah meningkat kepada 350 peserta. Selepas pendaftaran, peserta menjalankan aktiviti senaman aerobik yang dikendali oleh ahli pengakap. Selepas itu peserta pengakap dibahagikan kepada dua kumpulan. kumpulan satu akan menjalankan aktiviti menghasilkan kraftangan manakala kumpulan dua menjalankan aktiviti hinuran seperti menyanyi, menari dan bermain alat muzik.
Terdapat dua station yang besar iaitu station kraftangan dan station hiburan. setiap station diperuntukan selama sejam sahaja. Selepas itu upacara penamat dijalankan di Gimnasium. Peserta diberi sijil penghargaan dan selepas itu kem tersebut selesai pada pukul 1 tengah hari.