Kem Keahlian Pengakap Kelana 08 Maktab Sabah
Pada 7 sehingga 9 Julai 2017, Program Kem Keahlian Pengakap Kelana 08 telah diadakan di Pusat Tingkatan Enam , Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Program ini telah disertai seramai 88 pelajar tingkatan 6. Objektif program ini diadakan adalah untuk mendaftarkan semua pelajar tingkatan 6 Maktab Sabah sebagai Ahli Pengakap. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menjadikan seorang pelajar yang berusaha dan bekerjasama di antara satu sama lain.
Pada 7 Julai 2017, pukul 2:00 petang merupakan pendaftaran kehadiran pelajar. Pelajar telah dipecahkan mengikut patrol masing-masing. Seterusnya, pada pukul 7 petang kami diwajibkan untuk mengambil enam ujian untuk mendapatkan lencana keahlian. Antara ujian yang dilakukan ialah Persetiaan Pengakap , Undang-undang Pengakap, Tujuan Pergerakan Pengakap, Peranan Pengakap Kelana, Sejarah Pergerakan Pengakap Dunia, Sejarah Pergerakan Pengakap Malaysia, Kerja Amal, Simpulan dan Ikatan dan Mengamalkan ajaran agama. Ujian ini berlangsung sehingga pukul 12 pagi.
Hari kedua pula bersamaan 8 Julai 2017, aktiviti hiking diteruskan pada awal pagi. Setiap patrol akan dibawa untuk mengelilingi luar sekolah dengan membawa bendera pengakap. Terdapat beberapa stesen yang akan menguji kefahaman kami tentang Pengakap. Selesai sahaja aktiviti ini, ujian diteruskan lagi untuk pelajar yang belum menghabiskan ujiannya. Pada sebelah petang , setiap patrol diberi tugas untuk melakukan kerja amal selama 2 jam . Seterusnya, setiap krew diberi masa untuk membuat persediaan Malam Kebudayaan. Krew Aqua diberi tugas untuk berlakon, krew Breaker ialah menyanyi dan krew Comet ialah menari.
Pada malam kebudayaan tersebut dihadiri oleh pengetua cemerlang Maktab Sabah iaitu Datin Hajah Nuinda binti Haji Alias, krew-krew dari daerah lain dan beberapa skip. Pelbagai persembahan diadakan untuk menghiburkan para pelajar , guru-guru dan tetamu.
Pada hari terakhir pula iaitu 9 Julai 2017 , pukul 7 pagi sehingga 9 pagi ,kerja amal diteruskan lagi mengikut setiap patrol . Pada jam 11 pagi pula , istiadat penerimaan lencana keahlian dijalankan . Istiadat tersebut berjalan dengan lancar. Lencana Keahlian Pengakap telah diberikan kepada semua pelajar yang telah mengikuti kem ini.