
Kem Bantuan Kecemasan
Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi
pengetahuan kepada ahli KLKM mengenai rawatan kecemasan.
Program ini dikendalikan oleh ahli PBSM USM. Antara sidang yang
berlansung semasa kursus tersebut ialah Pertolongan Cemas, CPR
dan sebagainya. Tugasan sampingan turut diadakan bagi memastikan
peserta kursus memberi tumpuan penuh terhadap sidang yang dijalankan
agar setiap ilmu yang diberikan dapat dimafaatkan.
Pada akhir kursus tersebut, semua peserta lulus dan layak untuk memakai
lencana Perkhidmatan. Di samping itu, peserta dapat menguatkan
ukhuwah di antara ahli krew masing – masing dengan ahli PBSM USM
serta menambah ilmu kepengakapan mereka secara teoritikal dan praktikal.