Kelana A Maran Bangkit dengan Perkhemahan Bakal Kelana Buat Pertama Kali di Maran
Malaysia

Kelana A Maran Bangkit dengan Perkhemahan Bakal Kelana Buat Pertama Kali di Maran

Pada 6 hingga 8 September 2019 yang lalu bersamaan hari Jumaat sehingga Ahad, telah berlangsungnya Camp Vigil Kelana A Maran yang dikenali sebagai Alpha Rovers di Kem Tengku Puan, Maran, Pahang, Malaysia buat pertama kalinya. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 6, 3 orang guru pemimpin serta 26 orang pembantu jurulatih yang terdiri daripada Kelana C Pekan, Kelana G Kuantan dan Kelana A Maran itu sendiri.

Antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang program tersebut adalah seperti

1. Pengenalan Pengakap Kelana

2. Sejarah Pengakap Dunia dan Pengakap Kelana

3. Penerangan Skim Latihan Pengakap Kelana dan Anugerah Baden Powell Award (BPA)

4. Penerangan MoP dan Pendaftaran di Scout.org

5. Protokol Pemakaian Uniform 

6. Istiadat Pagi

7. Slot Ikatan dan Simpulan

8. Slot Kawad Kaki

9. Slot Persetiaan

10. Slot Balutan Anduh

11. Slot Permainan dan Nyanyian Lagu Pengakap

12. Slot Khidmat Masyarakat

13. Malam Kebudayaan 

14. Sesi Muhasabah Diri

15. Sesi Penyampaian Sijil

16. Istiadat Menyarungkan Epolet

17. Majlis Perasmian Penutup.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya Daerah Maran merangkap kokurikulum PPD Maran iaitu Tuan Azli Bin Hamid.

Started Ended
Number of participants
69
Service hours
1242
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Legacy BWF
Communications and Scouting Profile
Partnerships
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share