KELANA KEDAH BANTU MANGSA BANJIR LUMPUR LUARBIASA.

Pada Ogos 2021, banjir lumpur luarbiasa telah memusnahkan hampir separuh harta benda di kawasan Yan, Kedah dan telah menyebabkan kerugian besar kepada penduduk setempat. Pengakap Kelana Kedah dengan motto 'BERKHIDMAT' terpanggil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban dan membantu mangsa banjir lumpur luarbiasa ini.Sebelum ke lokasi kejadian, kami mendapatkan bantuan dari pengakap yang tinggal di kawasan bencana bagi memperolehi maklumat kejadian bagi memudahkan perancangan rapi dilakukan.
Dengan kerjasama pihak berkuasa, maklumat berkenaan jenis bantuan diperolehi dan perancangan perbelanjaan dan pergerakkan telah di atur. Projek pertama, membersihkan 2 sekolah iaitu SK Langkasuka dan SMK Yan. Projek kedua, membersihkan rumah di Seri Perigi dan Kampung Acheh Management Center yang merupakan tempat reakreasi. Dengan bantuan Pengakap Kelana Pahang, dana sebanyak RM10 000 diperolehi dan digunakan bagi membeli tilam, barangan elektrik dan bahan makanan untuk diedarkan kepada mangsa.
Projek ketiga, memasang paip air untuk penduduk Singkir Badong. Kesan dari misi bantuan ini, penduduk kini dapat hidup dengan lebih selesa dan kini mendapat air bersih terus dari saluran paip air masyarakat. Selain itu, bebanan akibat kerugian harta benda dapat dikurangkan terutama bagi warga emas dan penduduk yang miskin. Ia juga menyemarakkan semangat kesukarelawan dan kerjasama berpasukan tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik terutama dikalangan anak-anak muda.
Dalam misi ini, kami belajar membina kerjasama dengan Pengakap seluruh Malaysia. Walaupun Malaysia berada ditengah pandemik covid-19, semangat kerja berpasukan dalam pengakap tidak pernah pudar. Selain itu, misi ini mengajar kami agar lebih menghargai alam sekitar. Kejadian banjir lumpur luarbiasa yang berlaku pada 18 Ogos 2021 ini disebabkan oleh tragedi Kepala Air Luar Biasa dan beberapa kejadian tanah runtuh telah memberi kesan amat mendalam pada penduduk disekitar kaki Gunung Jerai, Kedah.
Started Ended
Number of participants
50
Service hours
1800
Beneficiaries
300
Location
Malaysia
Topics
Health lifestyles
Humanitarian action
Nature and Biodiversity
Initiatives
Environment and Sustainability
Peace and Community Engagement

Share via

Share