Kelana Bakal Fasilitator Muda
Seramai 50 orang ahli pengakap kelana dan juga belia telah menyertai Seminar Pemantapan Fasilitator Muda 2019 peringkat Negeri Sembilan. Program selama 1 hari iaitu pada 2 November 2019 ini melibatkan 7 buah daerah termasuklah Seremban, Kuala Pilah, Jempol, Jelebu, Tampin, Port Dickson dan Rembau. Dalam seminar ini, topik yang ditekankan ialah Pengenalan dan Kriteria Fasilitator Profesional dan juga Strategi Komunikasi Berkesan. Program ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Para peserta yang terlibat dengan program ini mendapat pengalaman dan juga peluang untuk menjadi fasilitator muda. Di akhir seminar, semua peserta mendapat sijil penyertaan kits peserta.