Profile picture for user julie kristy a/p ng kee choo_1
Malaysia

KEJOHANAN SUKAN PADANG DAN BALAPAN SK CLIFORD

Antara sebab saya terinspirasi utnuk menyertai projek ini adalah untuk meringankan bebanan guru dalam mengendalikan Kejohanan Sukan dan Balapan. Selain itu juga, peluang ini diambil adalah untuk saya lebih bersedia dan dapat mengumpul pengalaman bagi diaplikasikan apabila berada di lapangan kelak.
Pada 8 November 2019, kami seramai 10 orang pelajar semester 2 daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) telah menerima jemputan dari Sekolah Kebangsaan Cliford untuk menjadi penjaga masa pada hari kejohanan tersebut. Sebelum memulakan tugasan sebagai penjaga masa, kami telah diberikan taklimat daripada guru-guru SK Cliford. Memandangkan ini merupakan pengalaman pertama kami jadi tumpuan dan berbagai soalan diajukan bagi mengesahkan kefahaman.
Kejohanan ini juga turut dihadiri oleh ibu bapa yang datang untuk memberi sokongan kepada anak-anak mereka yang menyertai pertandingan. Sorakan dan tepukan yang begitu bersemangat daripada hadirin membuatkan suasana meriah. Guru SK Cliford sangat berterima kasih atas bantuan yang diberika oleh pihak kami kepada sekolah, kerana telah memudahkan urusan mereka.
Kejohanan Sukan Padang dan Balapan SK Cliford ini bukan sahaja memberikan kami pengetahuan baharu tetapi, kami juga turut mendapat pengalaman yang berharga untuk dibawa ke alam pekerjaan nanti. Program sebegini wajar untuk disertai dengan lebih kerap lagi pada masa akan datang.
Number of participants
6
Service hours
24
Beneficiaries
590
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Growth
Partnerships

Share via

Share