KARNIVAL DAKWAH PENGAKAP PERINGKAT KEBANGSAAN

Program ini bertujuan menyuntik ciri-ciri islamiah dalam diri setiap ahli pengakap seterusnya melatih semangat kerjasama dalam pasukan atau kontinjen. Program ini juga bertujuan mencungkil bakat ahli pengakap dalam setiap aktiviti yang dipertandingkan. Contohnya, seperti pertandingan nasyid, bercerita, berpidato, hafazan Al-Quran dan tilawah Al-Quran.
Sebuah program penyatuan Islamiah iaitu Karnival Dakwah Pengakap Peringkat Kebangsaan telah dianjurkan selama 4 hari 3 malam iaitu dari 11 Mac 2016 hingga 14 Mac 2016. Program yang penuh gilang-gemilang ini diadakan di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail Kuala Nerus, Terengganu. Kira-kira lebih kurang 680 ahli pengakap dari seluruh negara melibatkan diri dalam program tersebut.
Rata-rata semua peserta bergembira walaupun ada peserta yang tidak memenangi pertandingan yang disertai. Namun, itu bukanlah matlamat utama tetapi penyatuan dan semangat setia kawan yang diharapkan.
Pertemuan secara fizikal ini sudah semestinya dapat memberikan banyak faedah kepada ahli pengakap sendiri. Ahli Pengakap akan saling mendapat kenalan baru dan hubungan antara pengakap sesebuah negeri dengan negeri yang lain akan menjadi lebih akrab.
Started Ended
Number of participants
680
Service hours
96
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Youth Engagement
Inner peace and spirituality
Initiatives
Health and Well-being

Share via

Share