Kampung Orang Asli PETA for Site visit
Bagi menjalankan projek sebenar SWA di Kampung Orang Asli PETA yang terletak di Johor ini, kami juga telah melakukan lawatan tapak bagi mengetahui lebih lanjut mengenai kampung ini. Saya da beberapa orang ahli SWA telah berangkat ke kampung ini dan berada di sana pada dua hari satu malam di sini. Hal ini kerana kami ingin melihat sendiri sejauh mana penduduk kampung ini sangat memerlukan bekalan cahaya pada waktu malam. Setibanya kami di sana, kami melihat suasana di kampung ini dan memerhatikan bagaimana kehidupan mereka di sana. Kami dapat melihat yang setiap rumah di kampung tersebut sudah mempunyai bekalan elektik di rumah masing. Namun begitu, di setiap jalan kampung tersebut tiada batang lampu langsung dan kami melihatnya pada waktu malam dan ianya sangat gelap buat mereka di sana. Kami yang telah meninjau di kawasan sana pada waktu malam harus berwaspada kerana kawasannya yang sangat gelap. Dengan ini, kami sangat berharap dapat membantu penduduk kampung di kawasan ini. Jadi, kami dapat menanda beberapa kawasan di kampung tersebut untuk dipasang lampu solar di sepanjang jalan kampung ini melalui lawatan tapak pada kali ini. Seterusnya, kami juga telah meminta izin dan berbincang dengan tok batin kampung tersebut untuk dijalankan projek di sana. Di samping itu, kami juga dapat berbincang untuk tindakan selanjutnya setelah dapat melihat dengan sendiri bagaimana suasana kampung ini.