
Kagum dengan MoP
Kursus Koordinator MoP Wilayah Utara diadakan pada 27 hingga 29 Oktober 2017. Kursus ini dijalankan di Kompleks Rakan Muda Jawi, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Saya merupakan seorang daripada 30 peserta dari seluruh negara. Kursus yang sangat padat dengan aktiviti dan info berguna dalam membangunkan MoP. Saya rasa sangat seronok dan bersemangat untuk terus memajukan pengakap melalui Messenger of Peace.